Takbir bergema di hening pagi
Memohon keampunan kehadrat Ilahi
Kini Syawal menjelma lagi
Ku hulur ucapan Salam Aidilfitri
Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Meriah berkumpul di pagi hari
Tangan menyusun sepuluh jari
Ambil kesempatan sesama famili
Ku petik gitar di pagi-pagi..
Ku pergi bangi dengan mami..
Untuk membeli bunga api..
Ku nak Ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
andai tangan tak kuasa berjabat
setidaknya kata masih dapat diucap
tulus hati memohon maaf
atas segala dosa dan khilaf
Salam Aidilfitri buat semua
Pada Syawal, bulan yang mulia
Semoga diri kekal bahagia
Bersama kita meraikannya
Awal Syawal rai kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan
Selamat Menyambut Hari Lebaran
Setahun berlalu menjelma sudah,
Hari yang dinanti hari yang diberkati,
Ditujukan khas untukmu sebuah warkah,
Menyampaikan salam kerinduan di Aidilfitri.
My Blog My Story
Thursday, August 16, 2012
Friday, April 27, 2012
Marhaban..
Sunday, August 28, 2011
salam,
selamat hari raya saya ucapkan kepada semua yang beragama islam, semoga puasa tahun ni cukup dan diberkati… insyallah.. lagi 1 hari lagi nak raya.. aku pun nak raya gak.. hari ni last dah berpuase.. seperti biasa, aku and family akan bergerak pada pagi raya ke rumah MakTeh Saya dekat Telok Panglima Garang Di Banting.. dalam jam 9.00pagi.. gerak lewat sikit untuk elakkan kesesakan..
apa2 pun.. raya kali ini raya yg best.. insyallah 
sekali lagi, selamat hari raya. and hati2 dijalan raya..
sekian
Hafiz 
Saturday, July 30, 2011
Kelebihan Ayat Kursi..
korang da hafal lom ayat kursi…
better hafal banyak kelebihan ayat neih..
SEJARAH AYAT KURSI
better hafal banyak kelebihan ayat neih..
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”
sekian…:)
Subscribe to:
Comments (Atom)














