Bluebery Cheese Tart ..
Cheese tart.. terapy untuk melegakan penat n stress .. bila melihat sana sini sibuk menukang tart .. saya cuba jugak untuk mengambil bahagian .. untuk resepi cheese tart ini sy ucapkan ribuan terima kasih buat Azita Kitchen yang dengan ikhlasnya telah berkongsi resepi dan tips yang sangat membantu.. semoga rezeki ita terus melimpah ruah .. amin.. Ok.. kalau nak melihat langkah demi langkah bolehlah menjengah ke dapur mereka..
Strawberi Cheese Tart
Resepi asal : Azita Kitchen
Tart Crust / Shell .
Bahan-bahan :
- 170 gm marjerin
- 50 gm gula aising
- 1 biji telur Gred C
- 290 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan :
- 250gm cream cheese
- 50gm gula kastor / gula halus
- 1 biji telur Saiz B
- ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila
Cara membuatnya :
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat.
- Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalamanKak Azita.) :
- Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
- Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
- Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
- Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
_________________________________________________________________________
AISKRIM GORENG
AISKRIM GORENG
Bahan-bahan:
- 10 keping roti putih
- 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
- Plastik wrap ( untuk balut roti)
- Minyak
- Cara-cara:
- Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
- Skopkan aiskrim ke atas roti.
- Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
- Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
- Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
- Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
- Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
Roti putih... digelek sedikit utk mendapatkan roti yg sederhana padat....
Letakan aiskrim pilihan... kebetulan ada 2 box aiskrim di peti ais.. sukenya...
aiskrim lava coklat
Tangkupkan kepingan roti tadi dengan kepingan roti lain di atas aiskrim ...lupa nk snap pic pulak.. lepas tu ambil lah cawan (sesuaikan dgn saiz roti) tekankan atas roti .. sehingga menjadi seperti di bawah..terus simpan dalam bahagian bhg dinginbeku peti ais..
Lebihan tepi2 roti tu jgn di buang.. hihihi.. boleh buat puding roti pulak lepas ni..
aiskrim roti yg telah siap.. saya dpt 12 keping.. simpan semalaman sebelum di goreng...
goreng dalam minyak yang panas.. sebaiknya bila minyak dah panas terus masukkan aiskrim ni dlm kuali.. balik2kan hingga kekuningan.. n siap boleh terus di makan...
sangat yummyyyyyyy... jom makan aiskrim goreng di petang jumaat yg indahhhh...
_______________________________________________
RENDANG PEDAS AYAM ..
Rendang Pedas Ayam
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
- 1/2 ekor ayam
- 1 biji bawang besar dihiris halus
- 1 helai daun kunyit dihiris halus
- * 1/2 inci halia
- * 1/2 inci lengkuas
- * 10 biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )
- * 2 batang serai
- * 1/2 inci kunyit hidup
- * 1 sudu kecil garam kasar
- * 3 ulas bawang putih
- santan pekat dari 1/2 biji kelapa
- gula secukup rasa
- 3 sudu besar kelapa parut
Cara memasak :
- Kisar atau tumbuk halus bahan - bahan yang bertanda * .
- Masukkan ayam kedalam kuali. Masukkan bahan - bahan yang dikisar atau ditumbuk halus . Gaulkan atau sebatikan dengan ayam.
- Masukkan besar, daun kunyit yang dihiris halus, santan pekat ,kelapa parut, gula.Gaul sebati.
- Buka api dan masak rendang tadi hingga masak.Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang .
_____________________________________________________
POPIA GORENG ..
Popia Goreng
Bahan :
- kulit popia
- telur - untuk balut kulit popia tu
- untuk inti : tauge + carrot yang dihiris pangang dicelur sikit dan toskan
- udang basah - potong 3 jer - celur dan toskan
- serbuk lada putih dan garam secukup rasa
Cara membuatnya :
- Satukan tauge, carrot dan udang yang telah dicelur tadi dan sebatikan dengan garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
- Isikan kedalam kulit popia dan balut, gamkan dengan telur dan siap untuk digoreng hingga keperangan.
- Sedap dicicah ngan sos sili.
