KOLEKSI LAWAK..
Cerita Lawak : Kuda Makan Rumput
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”
Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”
Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”
____________________________________________________________________
Cerita Lawak : Sila Datang Lagi
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard “SILA DATANG LAGI”…degil!
____________________________________________________________________
Cerita Lawak : Batuk
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.
____________________________________________________________________
Cerita Lawak : Candle Light Dinner
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini “candle light dinner” dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!
____________________________________________________________________
Cerita Lawak : Kedai 2 Ringgit
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!
____________________________________________________________________
Cerita Lawak : Jangan terlalu yakin lepas buat pembedahan
Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata “Syukurlah, semuanya sudah berlalu.”
“Jangan terlalu yakin,” kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.
“Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!”
Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, “Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.”
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru “Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?”
____________________________________________________________________
Cerita Lawak : Gigi
Ada seorang pemuda pergi makan KFC. Sesudah memesan makanannya dia bergerak ke sebuah meja. Sambil menikmati makanannya dia terlihat seorang pasangan tua sedang makan tetapi hanya suaminya sahaja yang menikmati makanan itu sedangkan si isteri itu hanya memerhati.
Dia pun pergi ke meja pasangan itu.dia bertanya kepada nenek itu, “Nenek, kenapa nenek tak makan burger nenek tu? nenek tak suka ke? nak saya tukarkan?”. Nenek tu menjawab,”takpelah cu.nenek suka sangat makan burger ni.”
Dia tanya lagi,”tapi kenapa nenek tak makan? Biarlah saya tukarkan. Mungkin nenek tak selesa?”.”terima kasih cu.nenek memang nak makan burger ni,nenek tengah tunggu gigi atuk ni sebab lepas ni giliran nenek pulak.”nenek itu menjawab lagi.pemuda terus senyap dan tidak bertanya lagi.
____________________________________________________________________
Cerita Lawak : Thank You Seven
Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda : ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh : Oh, I’m sorry
Pemuda : It’s ok, never min. Thank you.
Mat salleh : Thank you too.
Pemuda : ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh : ( hairan ) what for?
Pemuda : ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh : Are you sick?
Pemuda : ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya… pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh : ( bingung )
____________________________________________________________________
Cerita Lawak : ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!
________________________________________________________________________
ANDA GENIUS? JAWAB SOALAN BERIKUT..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Ade sedikit soalan nak tanye korang.
Saya tahu anda semua genius.
Jawap soalan dibawah…tapi AWAS!! jangan terlalu lama untuk jawab soalan dibawah.
Goodluck..☺
Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!
Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?
Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..
Ready? GO!!! (lihat bawah)
Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?
Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?
Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?
Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah…
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 …. Campur lagi 1000 . Campur lagi 20… Campur lagi 1000 . Campur lagi 10….. Berapa kah jumlah semua?
Lihat bawah untuk …jawapan.. ..
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .
Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!
Okay, cuba jawab soalan bonus:
Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. …?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja.
HANTARKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG LAIN ATAU KEPADA YANG MERASKAN DIRI MEREKA BIJAK.
p/s: sebenarnya semua soalan aku kantoi..hahaha~~
Macam mane??anda betul semua atau salah semua..haha..sila komen yer~..
___________________________________________________________________________
Anda Sudah Tahu Kemampuan Otak Anda? Jom Test Otak Anda Dengan Biji Kopi..
THE TRICK IS TO FIND THE MAN IN THE COFFEE BEANS: This is bizarre – after you find the guy – it’s so obvious. Once you find him – it’s embarrassing, and you think, “Why didn’t I see him immediately?”
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼
▼





No comments:
Post a Comment